Wednesday, 21 August 2013

Perbandingan Kurikulum Mengikut Era

 1.         Disiplin/mata pelajaran yang dipilih.

a.         Nama disiplin/mata pelajaran  : Pendidikan Jasmani
b.         Tahun                                       : 3


2.                  Perbandingan disiplin/mata pelajaran mengikut  era KLSR, KBSR dan KSSR

DIMENSI HORIZONZAL

a.                   Skop/liputan

KLSR: Pembeajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3 disusun secara umum sahaja, dan
            lebih kepada Kemahiran sahaja.

KBSR: Pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3 disusun mengikut 3 tunjang, iaitu
            Kecergasan, Kemahiran, dan Kesukanan.

KSSR: Pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3 disusun mengikut 2 modul, dan
            setiap modul terkandung 3 aspek. Bagi modul 1(Kemahiran), aspek
            1(Kemahiran Pergerakan), aspek 2 (Aplikasi Pengetahuan dalam
            Pergerakan), dan aspek 5 (Kesukanan). Bagi modul 2 pula terkandung aspek
            3 (Kecergasan Meningkatkan Kesihatan), aspek 4 (Aplikasi Pengetahuan
            Dalam Meningkatkan Kecergasan), dan terakhir ialah aspek 5 (Kesukanan).
(3      markah)

b.                  Kesepaduan/integrasi

KLSR: Tiada hubung kait dengan mata pelajaran lain.

KBSR: Berhubung kait dengan mata pelajaran Pendidikan Moral, Muzik, Sains dan
            Matematik.

KSSR: Berhubung kait dengan mata pelajaran Pendidikan Moral, Muzik, Sains dan
            Matematik.

(3      markah)
c.                   Imbangan

KLSR: Dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani, pelajar hanya mempelajari
            kemahiran pelbagai permainan sahaja.

KBSR: Dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani, pelajar bukan sahaja boleh
            melakukan aktiviti fizikal bagi meningkatkan keupayaan kecergasan secara
            menyeluruh. Mereka boleh mengaplikasikan kemahiran asas dalam
            permainan, olehraga, gimnastik irama, dan gimnastik artistik dengan betul.
            Selain itu, mereka juga disemaikan nilai berinteraksi dan berkomunikasi
            dengan rakan dalam suasana yang menggembirakan.

KSSR: Dalam mata pelajaran Jasmani, pelajar boleh mengaplikasi konsep
            pergerakan semasa melakukan kemahiran asas pergerakan dengan lakuan  
            yang betul. Mereka juga pelajari menguasai kemahiran asas permainan
            mengikut kategori serangan, jaring, dan memadang dengan lakuan yang
            betul. Semasa melakukan pergerakan, pelajar dapat peluang mengenalpasti
            kedudukan anggota badan, serta mengenalpasti aktiviti yang dapat
            meningkatkan tahap kecergasan. Nilai-nilai murni disemaikan seperti
            memerihal kepentingan melakuka aktiviti fiizikal secara berkala,
            mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal,
            melakukan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang
            selamat. Mereka juga disemaikan mematuhi peraturan dan mengamlkan
            langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal, dan mengamalkan
            gaya hidup sihat untuk kkesejahteraan.
 (3 markah)




DIMENSI VERTIKAL

a.                   Urutan/sekuen

KLSR: Isi kandungan Pendidikan Jasmani disusun mengikut urutan senang kepada
            susah. Akan tetapi, kandungan sukatannya amat padat. Guru selalu tidak
            cukup masa menghabiskana sukatan.

KBSR: Isi kandungan Pendidikan Jasmani disusun mengikut urutan dari senang
            kepada susah, dan dari mudah kepada kompleks. Sebagai contoh, semasa
            pelajar mempelajari unit pelajaran Kecergasan fizkal, mereka akan
            melakukan aktiviti yang berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular terlebih
            dahulu, seterusnya adalah kelenturan, koordinasi, imbangan dan terakhirnya
            adalah ketangkasan.

KSSR: Isi kandungan Pendidikan Jasmani disusun mengikut urutan dari senang
            kepada susah, dan dari mudah kepada kompleks. Sebagai contoh, semasa
            melakukan aktiviti yang berkaitan dengan topik kemahiran asas lompatan
            denngan lakuan yang betul, pelajar akan diajar melompat menggunakan
            sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki. Setelah pelajar
            menguasai kemahiran ini, pelajar akan cuba melompat menggunakan sebelah
            kaki dan mendarat dengan kaki yang sama. Kemahiran seterusnya ialah
            melompat menggunakan kaki kanan fan mendarat dengan kaki kiri dan
            sebaliknya. Apabila pelajar telah menguasai kesemua kemahiran melompat,
            mereka akan melaompat melepasi halangan pada pelbagai aras.      
(3 markah)

b.                  Kesinambungan/kontinuiti

KLSR: Isi kandungan kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun 3 tiada kesinambungan
            isi kandungan dengan kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun 2. Kemahiran
            sesuatu pemainan yang diajar pada Tahun 2, tidak akan diajar lagi pada
            Tahun 3. Kemahiran permainan yang lain akan diajarkan.

KBSR: Isi kandungan kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun3 adalah
            kesinambungan isi kandungan kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun 2.
            Sebagai contoh, semasa melakukan aktiviti unit pembelajaran kelenturan,
            aktiviti yang dijalankan semasa Tahun 2 hanyalah meleding sokongan
            hadapan dua lutut, meleding sokongan hadapan satu lutut, dan meleding
            belakang dengan lutut bengkok. Semasa pelajar menaiki Tahun 3, mereka
            juga akan melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kelenturan, akan tetapi,
            ia telah berubah menjadi meleding berpasangan, dan membelakang
            berpasangan sambil menyentuh.

KSSR: Terdapat kesinambungan isi kandungan kurikulum Pendidikan Jasmani
            Tahun 2 dengan isi kandungan kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun3.
            Sebagai contoh, semasa melakukan aktiviti yang berkaitan dengan topik
            kemahiran asas permainan, standrad kandungan yang terkandung bagi pelajar
            Tahun 3telah dibahagikan kepada kategori serangan, kategori jaring, dan
            kategori memadang. Pelajar perlu menerima bola, mengelecek bola,
            menghantar bola, memukul bola, menangkap bola dan sebagainya dengan
            menggunakan tangan, kaki, dan alatan. Standard kandungan yang terkandung
            bagi pelajar Tahun 2 adalah lebih mudah, iaitu pelajar perlu menerima bola,
            mengelecek bola, menghantar bola, memukul bola, menangkap bola dan
            sebagainya pada satu jarak sahaja.
(3      markah)




3.         Pandangan/ulasan dan cadangan berkaitan disiplin/mata pelajaran yang dipilih.
a.     Pandangan/Ulasan

Kurikulum yang terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani, tidak kira semasa KLSR, KBSR atau KSSR, ia mempunyai matlamat yang sama, iaitu membantu murid menjadi individu yang cergas dan sihat, serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamlkan nilai menjadi individu yang murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

(2 markah)
b.     Cadangan :

        Pelaksanaan KSSR adalah sangat betepatan dan sesuai pada masanya. Kali
        terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada
        tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang
        telah dilaksanakan sejak 1993. Dari tahun-tahun yang dinyatakan di atas, kami
        dapat lihat transformas kurikulum pendidikan Malaysia adalah setiap 10 tahun.
        Dengan arus globalisasi dan teknologi yang semakin canggih dan pantas ini, saya    
        berpendapat jurang tahun untuk pengubahan Kurikulum Pendidikan Malaysia
        patut dari 10 tahun dipendekkan menjadi 5 tahun.

        Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada
        semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum,
        ibubapa, serta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak
        akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama.
        KPM secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan
        kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan
        nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Dan jika KPM terasa
        kurikulum tersebut telah ketinggalan, tidak patut mengikut “tradisi”,tunggu
        sehingga genap 10 tahun, boleh diawalkan membuat pengubahan Kurikulum
        Pendidikan Sekolah.
                   
                                                       (3 markah)


No comments:

Post a Comment