Wednesday, 21 August 2013

PEMBANGUNAN SAHSIAH

Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektul merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

            Merujuk kepada kursus Pembangunan Sahsiah, bagi pendapat saya empat perkara utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru ialah Strategi Membangunkan Sahsiah Murid, Aplikasi Teori[1] di dalam Bilik Darjah, Aplikasi Nilai Bitara UPSI (Sikap Interpersonal Yang Tinggi) dan Etika[2] Profesion Perguruan. Berikut adalah huraian dan contoh yang saya berikan bagi menjelaskan bagaiman keempat-empat perkara ini memberi kesan kepada perubahan karektor diri saya.


Strategi Membangunkan Sahsiah Murid

 Terdapat empat strategi untuk membangunkan Sahsiah murid, iaitu Peneguhan Positif, Peneguhan Negatif, Hukuman Positif dan juga Hukuman Negatif. Guru digalakkan menggunakan Peneguhan Positif dan juga peneguhan Negatif, amat tiadak digalakkan menggunakan Hukuman Negatif. Berikut adalah contoh bagaimana saya menggunakan strategi Peneguhan Positif dan juga Peneguhan Negatif untuk mengubah tingkahlaku murid.


Saya mengajar kelas Pendidikan Kesihatan bagi pelajar Tahun 2, sebanyak 28 orang pelajar dalam kelas saya. Kemahiran yang akan saya terapkan pada hari ini adalah sentuhan yang selamat dan juga sentuhan yang tidak menenangkan (tidak selamat).

Saya memanggil dua orang pelajar yang sama jantina (kawan karib) untuk tampil ke depan. Saya mengarahkan dua orang pelajar tersebut memegang tangan dan berpeluk bahu rakan. Kemudian saya akan menyoal pelajar lain: “Adakah perbuatan ini boleh dilakukan”? “Jika mereka adalah berlainan jantina, adakah mereka boleh berbuat demikian”?

Bagi soalan pertama, pelajar akan jawab boleh, tetapi bagi soalan kedua, pelajar akan jawab tidak. Guru akan menanya kenapa, dan menggalakkan pelajar memberi contoh-contoh sentuhan yang selamat atau sentuhan yang tidak menyenangkan (tidak selamat).
Pelbagai contoh yang diberikan oleh pelajar, terdapat satu dua pelajar akan memberi contoh yang tidak sesuai.

Pada masa ini, saya akan menanya pelajar lain: “Adakah contoh yang diberinya sesuai”? Kebanyakkan pelajar akan jawab tidak sesuai, saya akan menggalakkan pelajar lain untuk memberikan alasan kenapa contoh yang diberikan itu adalah tidak sesuai. Bagi pelajar yang dapat memberikan alasan yang baik, saya akan mengucapkan kata-kata penghargaan seperti “betul”, “pandainya”, “terima kasih”, “bagus” dan sebagainya. Tetapi bagi pelajar yang tidak dapat memberikan alasan yang betul, saya juga akan mengucapkan kata-kata semangat seperti “cuba lagi”, “jawapan ini kurang sesuai”, “mungkin ada jawapan lain yang lebih sesuai” dan sebagainya.

Setelah mendengar pelbagai alasan yang diiberi oleh rakan-rakan, saya akan meminta pelajar yang memberikan contoh yang tidak sesuai itu memberi contoh yang selain daripada itu, supaya menaikkan semangatnya semula.


            Pelajar suka akan cara yang guru gunakan, iaitu tidak kira jawapan yang diberikan itu betul atau salah, tiada hukuman yang diberikan. Malahan, kalau jawapan yang diberikan itu betul, guru akan memberikan kepujian.Pelajar akan lebih giat menjawab soalan dan dari kegiatan soaljawab, kemahiran tersebut boleh diterapkan dengan mudah kepada pelajar. Selain daripada itu, pelajar akan menghormati guru yang mereka sukai, maka nasihat yang diberi oleh guru tersebut akan mereka dengar dan patuhi juga. Ini memang benar, kerana melalui pengalaman saya, kes kenakalan yang berlaku dalam kelas saya telah berkurangan berbanding dengan tahun lepas.


Aplikasi Teori di dalam Bilik Darjah

Mengikut Teori Maslow, manusia sesungguhnya bersifat baik dan berpandangan positif, sifat negatif akan muncul adalah berpunca daripada rasa kecewa atau sesuatu keperluan tidak dipenuhi. Saya amat bersetujui teori yang dikemukakan itu, daripada pengalaman saya mengajar selama 10 tahun, motivasi belajar pelajar adalah bergantung kepada cara guru menjalankan P&P. Berikut adalah contoh bagaimana saya memenuhi sesuatu keperluan pelajar, supaya mereka akan bermotivasi untuk belajar.


Saya adalah guru kelas bagi Tahun 2, hanya 11 orang pelajar berbangsa Cina, 17 orang pelajar yang selainnya adalah pelajar lain bangsa. Maka, adalah mencabar semasa saya mengajar mata pelajaran Bahasa Cina. Bisasnya, selepas satu topik atau kemahiran yang saya ajar, saya akan mengarahkan pelajar menyiapkan Buku Aktiviti (SPBT[3]) yang latihannya setara dengan sukatan Buku Teks (SPBT).

Kebanyakkan jawapan dapat dicari dalam Buku Teks, bagi pelajar yang cerdik, mereka tidak perlu merujuk kepada Buku Teks pun dapat jawapan yang betul. Tetapi bagi pelajar yang lemah, jika guru tidak memberikan tips seperti di muka surat keberapa atau di perenggan keberapa, mereka pasti tidak dapat jawapan yang sebenar.

Walaupun jawapan dapat dicari dalam Buku Teks, tetapi saya masih sedia pen marker untuk pelajar menulis jawapan mereka di papan putih (White Board). Bagi jawapan yang betul, saya memberikan kata-kata penghargaan seperti “bagus”, “betul”, “pandainya” dan sebagainya. Bagi jawapan yang salah, saya akan memberikan kata-kata semangat seperti “cuba lagi”, “terima kasih” dan sebagainya.

Jika jawapan saya yang salah, dan terdapat pelajar yang membetulkannya, saya akan memberikan pujian: “Eh, kamu yang betul, cikgu sudah salah. Terima kasih kerana memberitahu cikgu”. “Rakan-rakan, kenapa kamu tak perasan cikgu sudah salah”? “Cikgu manusia juga, akan buat salah juga, kalau cikgu sudah salah, kamu mesti beritahu”.


Pelajar suka menulis di depan kerana mereka boleh berasa seperti cikgu yang sedang mengajar. Dengan terasanya dapat menyertai proses P&P cikgu, mereka akan lebih bermotivasi untuk belajar. Tambahan mereka boleh berinteraksi dengan cikgu seperti rakan, tiada jurang antara saya dengan mereka.


Aplikasi Nilai Bitara UPSI (Sikap Interpersonal Yang Tinggi)

Selama 10 tahun saya mengajar, berbeza-beza sikap pelajar ditonjolkan oleh pelajar. Walau bagaimanapun, sebagai seorang guru, saya akan cuban oleh menyuaikan diri untuk kepentingan pelajar. Apa saja soalan tidak kira formal ataupun yang pelik dikemukakan oleh pelajar juga akan saya cuba jawab. Berikut adalah situasi yang pernah saya lalui.


Pada waktu kelas Bahasa Cina, semasa saya mengajar tatabahasa “pantai”, ketua kelas angkat tangan dan menanya: “Cikgu, semasa cuti sekolah, saya bersama-sama dengan keluarga pergi ke tepi pantai. Saya nampak ombak membawa pergi pasir yang terdapat di tepi pantai, adakah pada suatu hari nanti, pantai akan tiada pasir lagi”?

Walaupun soalannya tiada kaitan dengan apa yang saya ajar pada masa itu, tetapi saya masih menjawab soalannya, saya jawab: “Semasa ombak pergi membawa pergi pasir, tetapi semasa ombak kemari, ia juga membawa pasir kemari”. “Oleh itu, sampai bila-bilapun pantai tetap akan ada pasir”. Pelajar tersebut amat puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh saya.

Beberapa hari kemudian, ibu pelajar tersebut bertemu dengan saya semasa waktu rehat. Menurut ibu pelajar tersebut, soalan itu telah terbenam dalam hatinya beberapa minggu. Dia pernah menanya ibubapa, kakak dan abang, tetapi mereka tidak dapat menjawabnya. Dia juga menanya guru matapelajaran Sains, tetapi guru Sains merasa soalan ini tiada kaitan dengan kemahiran yang akan diajarnya, maka beliau tidak menjawab. Sehingga dia berasa kecewa dan memberitahu ibunya bahawa tidak akan menanya cikgu apa jua soalan lagi, kerana cikgu tidak peduli akannya.

Oleh kerana hubungan saya dengan pelajar dalam kelas amat baik, dia berasa boleh cuba menanya saya, kerana mungkin saya boleh memberikan jawapan yang memuaskan kepadanya. Memang benar, dia amat puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh saya, sehingga di rumah “heboh-hebohkan” jawapan tersebut.


            Saya berpendapat, sebagai seorang guru yang profesional, kami tidak patut hilangkan kepercayaan pelajar terhadap kami, kami juga tidak patut patahkan semangat ingin tahu pelajar tersebut. Jika kami tidak tahu jawapan bagi soalan yang dia soalkan, kami boleh beritahu pelajar tersebut bahawa kami akan mencari jawapan, dan akan memberitahunya jawapan tersebut pada lain hari.


Etika Profesion Perguruan

Antara etika profesion perguruan yang perlu diikuti dan ditaati yang amat kerap ikuti adalah mengutamakan kepentingan pelajar. Di seluruh Malaysia, KPM telah melancarkan Program Mantor Mantee bagi semua sekolah rendah yang khusus untuk pelajar yang bakal menduduki UPSR[4]. Pada tahun lepas, mantee saya adalah seorang pelajar perempuan (Phon Kar Xin) dan saya akan membimbingnya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (Pemahaman). Semasa Tahun 5, Phon Kar Xin hanya mendapat markah di antara 28-35. Dia tidak pernah lulus dalam Bahasa Malaysia (Pemahaman). Matlamat saya adalah membimbingnya sehingga mendapat keputusan lulus dalam UPSR.

            Saya menjalankan Program Mantor Mantee bersama-sama dengan Phon Kar Xin setiap hari Khamis, dan dari pukul 2:30 p.m. hingga 3:10 p.m., selama 40 minit setiap minggu. Sepanjang sesi program itu, saya akan membimbing Phon Kar Xin menyelesaikan latih tubi yang dibekal oleh guru mata pelajarannya (Cikgu Syed). Selepas program itu, saya yang akan menghantar pelajar tersebut pulang ke rumah tanpa mengenakan bayaran tambang.

            Keputusan UPSRnya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (Pemahaman) adalah C (lulus). Ini terbukti Program Mantor Mantee yang dijalankan amat berjaya. Bagi Tahun ini, terdapat dua orang pelajar menjadi mantee saya, iaitu Rusyada dan Kho Kar Woon. Mata pelajaran yang akan saya bimbing pada tahun ini adalah Bahasa Cina (Pemahaman). Keputusan mereka semasa Tahun 5 adalah antara 40-45, hanya setakat lulus sahaja. Matlamat saya adalah sekurang-kurangnya kekalkan keputusannya, atau kalau boleh, meningkatkan keputusannya juga.

 Saya telah menjalankan program ini bersama-sama mereka sebanyak 5 kali. Iaitu setiap hari Isnin, pada pukul 2:40 p.m. hingga 3:30 p.m. (50 minit). Selepas habis sesi program, saya akan menghantar mereka pulang ke rumah tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Saya memang berharapkan keputusan UPSR mereka pada masa akan datang adalah B.

Saya memang merasa saya telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan baik, kerana saya amat mementingkan kepentingan pelajar.
Bibliografi

Abdul Jalil Borham (1998), Program Pembangunan Sahsiah Pelajar dan Pelaksanaan di IPT di Malaysia. Kertas kerja dibentang di Seminor Pengurusan Asrama Peringkat Kabangsaan, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

Atan Long (1976). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Comer, R.; & Gould, E. (2011). Psychology around us. New Jersey: John Wiley & Sons, Inc.

Foo Say Fooi. (2005). Etika Perguruan: Jaminan peningkatan Profesionalisme. Serdang : Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Miltenberger, R. (2008). Behavior modification: Principles and procedures. (4th ed). Pacific Grove CA: Brooks Cole Publishing.

Nilai Bitara UPSI, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dimuat turun daripada

Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia








[1] Teori : Idea pemikkiran.
[2] Etika : Salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik.
[3] SPBT : Skim Pinjaman Buku Teks yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
[4] UPSR : Ujian Pencapian Sekolah Rendah.

No comments:

Post a Comment