Wednesday, 21 August 2013

Kepelbagai Kecerdasan mengikut Horward Gardner


Kecerdasan
Menurut Kamus Dewan, kecerdasan bermaksud kesempurnaan akal (untuk berfikir, mengerti, dan lain-lain seperti kepandaian, kepintaran, kecerdikan). Kecerdasan merupakan anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada setiap insan. Anugerah ini mampu menggerakkan seluruh sendi kehidupan di dunia dan keberhasilan yang dirasakan selama ini. Istilah kecerdasan sering dikaitkan dengan kemampuan seseorang untuk bertindak, bekerja, menghitung matematik, mengukur, membaca cepat, berbahasa asing dengan lancar, memecahkan masalah, bekerjasama, sabar, ointar, IQ di atas rata-rata, pengambilan keputusan, dan mengerjakan banyak hal sekaligus.

Dari semua pengertian yang ada, para ahli berpendapat menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan kecerdasan haruslah mengandungi dua aspek utama, iaitu kemampuan belajar dari pengalaman dan menyesuaikan terhadap lingkungan. Kecerdasan merupakan potensi yang dimiliki seseorang yang dapat diaktifkan melalui proses belajar, interaksi dengan keluarga, guru, teman, dan nilai-nilai budaya yang berkembang.

David Perkins dari Harved mendefinasikan kecerdasan sebagai keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, mengembangkan kepakaran dalam bidang yang berasingan dan untuk merancang, memantau, dan menilai sesuatu perkara itu dalam tindakan refleksi.



a. Kepelbagai Kecerdasan mengikut Horward Gardner

Pada tahun1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan, iaitu Teori Kepelbagaian Kecerdasan melalui bukunya Gardner, Frames of Mind. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia.

            Teori kecerdasan Pelbagai Howard Gardner adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yag diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran IQ menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai cara yang tersendiri dan unik menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan pula, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini keranan kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah, dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Difinisi kecerdasan pelbagai yang diiberkan oleh Howard Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. “An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural setting” (Howard Gardner 1983)
            Kecerdasan pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan perkembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ). Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalam pendidikan serta membawa kesan penting pembelajaran organisasi. Howard Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional dengan proses pengujian tradisional (IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut beliau, kebanyakan ujian IQ hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logikal atau matematik. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ tradisional.

Pada mulanya Teori Kecerdasan Pelbagai ini terdiri daripada tujuh kecerdasan, tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini. Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Kecerdasan seseorang tidak semestinya melibatkan kesemua kecerdasan yang dinyatakan oleh Howard Gardner. Walaubagaimanapun, Howard Gardner (2005) telah membuat satu spekulasi bahawa terdapat kewujudan kecerdasan yang kesembilan iaitu “existential intelligent” yang digelar oleh beliau sebagai “intelligence of big question”. Menurut Howard Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuaian.

Berikut ini merupakan kecerdasan-kecerdasan pelbagai menurut Howard Gardner berserta dengan ciri-cirinya:

1.      Kecerdasan Logikal Matematik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan secara deduktif serta berfikir secara konseptual, mempunyai kemampuan dalam menggunakan angka dengan baik. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai kecerdasan ini secara semulajadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka, tempat takrif yang lebih tepat kurang penekanan pada keupayaan matematik tradisional dan lanjut mengenai keupayaan penaakulan, mengenalpasti pola abstrak, pemikiran sainsitif dan penyiasatan dan keupayaan untuk melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal kompleks berkait rapat kepada kepintaran bendalir dan keupayaan umum.
 Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering  bertanya tentang pelbagai fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling dan yang bersifat analisis, seperti mengapa hujan turun?. Individu ini suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira, menghitung masalah matematik dengan cepat di luat kepala. Individu ini suka merancang eksperimen untuk membuktikan sesuatu, serta menghabiskan waktu dengan permainan logikal seperti teka-teki, berprestasi dalam Matematik dan IPA. Saintis, jurutera, arkitek dan doktor, lazimnya  mereka memiliki kecerdasan ini.

2.      Kecerdasan Spatial / Visual Ruang
Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Ia merupakan kemampuan mempersepsikan dunia spatial-visual secara akurat dan mentransformasikan persepsi dunia spatial-visual dalam bentik tertentu. Kecerdasan ini juga meliputi kamampuan membayangkan, mempersembahkankan idea secara visual atau spatial, dan mengorientasikan diri secara tepat dalam ruang lingkup spatial. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga baik dalam puzzle. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiiga faktor di bawahnya dalam model hieraki kepintaran. Individu ini berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea-idea visual dan ruang kecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif.

Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi ralatifnya dalam koordint ruang dan waktu. Individu yang ruang tingkat kecerdasan ruang visual rendah akan selalu berasa bingung untuk mengingat jalan dan tempat di mana dia tinggal, meskipun sudah tinggal di tempat tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Individu yang tersesat di dalam perjalanan adalah individu yang mengalami gangguan orientasi ruang. Individu ini termasuk dalam golongan tidak cerdas ruang. Manakala individu yang cerdas ruang mampu memberikan gambaran visual yang jelas ketika menjelaskan sesuatu. Mereka suka menconteng di atas kertas atau buku tugas sekolah, menggunakan warna secara sempurna, menonjol dalam mata pelajaran seni. Selain itu individu ini berkemampuan membaca peta atau diagram dengan baik, cenderung lebih memahami informasi lewat gambaran daripada kata-kata atau uraian, serta mempunyai daya imaginasi yang kuat. Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan juga pelukis, arkitek, dan perancang bandar.

3.      Kecerdasan Linguistik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Mereka berkemampuan berbahasa dengan menggunakan kata secara efektif, baik lisan (bercerita, berpidato, orator atau bersyarahan) dan bertulis (wartawan, sastrawan, editor dan penulis). Individu ini biasanya baik untuk membaca, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan baik dengan membaca, mendengar kuliah, mengambil noota, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari.

Individu yang mempunyai kecerdasan verbal linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah, kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayan struktur. Verbal adalah salah satu kebolehan yang paling tinggi dalam diri kebanyakkan individu. Secara umumnya, indivdu ini suka menulis kreatif, suka mengarang kisah khayal atau menceritakan jenaka, dapat hafal nama, tempat, tanggal atau hal-hal kecil, membaca pada waktu lapang, mengeja kata dengan tepat dan mudah, suka mengisi teka-teki silang, menikmati dengan cara mendengar, unggul dalam mata pelajaran bahasa. Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi yang bereti dan berkaitan dengan pemikirannya. Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan noval.

4.      Kecerdasan Kinestetik - Jasmani
Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk mengendali objek mahir. Kecerdasan ini merupakan kemampun menggunakan seluruh tubuh untuk mengekspresikan idea dan perasaan seperti penari, atlet dan pelakon. Keterampilan menggunakan tangan untuk menciptakan atau mengubah sesuatu, seperti tukang batu, ahli makenik dan doktor bedah. Kecerdasan ini meliputi kemampuan fizikal yang lebih spesifik seperti koordinasi, keseimbangan, keterampilan, kekuatan, kelenturan, kecepatan atau kemampuan menerima rangsangan. Howard Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama dengan keuayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi refleks.

Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan ini, perlu belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot, dan secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian. Mereka boleh menikmati bertindak atau membuat persembahan, dan secara umumnya mereka baik di bangunan dan membuat perkara-perkara. Mereka sering belajar dengan lebih baik dengan melakukan sesuautu secara fizikal, dan bukannya dengan membanca atau mendengar tentang hal itu. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini seolah-olah menggunakan apa yang diistilahkan sebagai memori otot, mereka ingat perkara melalui badan mereka seperti memori lisan.

Ciri-ciri individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah banyak bergerak ketika duduk atau mendengar sesuautu, aktif dalam kegiatan fizikal seperti berenang, berlari dan melompat. Mereka perlu menyentuh sesuautu yang sedang dipelajarinya, menikmati kegiatan melompat, berlari, mengguling atau kegiatan fizikal yang lain. Mereka juga pandai meniru gerakan, kebiasaan atau gerak-geri orang lain. Dapat memperlihatkan keterampilan dalam bidang kraf tangan seperti mengukir, menjahit dan memahat. Biasanya akan bereaksi secara fizikal terhadap jawapan masalah yang dihadapinya. Mereka suka menceraikan pelbagai benda dan kemudiannya menyusunnya semula. Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ini, termasuk atlet, juruterbang, penari, pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan askar. Walupunkerjaya ini boleh disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan menghasilkann pembelajaran sebenar fizikal yang diperlukan dalam badan perisikan ini.

5.      Kecerdasan Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskrimanasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya.  Ia merupakan kemampuan menangani bentuk-bentuk muzikal dengan cara mempersembahkan, mengubah dan mengekspirasikan. Kecerdasan ini meliputi kepekaan terhadap irama, pola nada, melodi, warna nada atau suara sesuatu lagu. Seperti penikmat muzik, penyanyi, pengubah lagu dan sebagainya.
Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik, ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara yang lain. Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik, serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain iitu, individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik. Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta pelbagai alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza.

6.      Interpersonal
Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain. Kecerdasan ini meliputi kepekaan terhadap ekspresi wajah, suara, gerak-isyarat.

Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif fan memahami emosi, perasaan, fikiran, tingkahlaku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah pergaulan.  Ciri-ciri yang terdapat bagi individu ini adalah menpunyai banyak teman, suka bersosialisasi di sekolah atau di lingkungan tempat tinggalnya. Mereka banyak terlibat dalam kegiatan kelompok di luar waktu sekolah, sentiasa berperanan sebagai penengah ketika terjadi konflik antara temannya. Mereka sangat menikmati pekerjaan mengajar orang lain, berbakat menjadi pemimpin dan berprestasi baik dalam mata pelajaran ilmu sosial.
7.      Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikran metakognitif dan berkebolehan untuuk menilai diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dana azam yang kuat serta boleh berdikari.

Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi, biasanya kelihatan mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada, dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup. Di samping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat-saat yang diperlukan.

8.      Kecerdasan Naturalis
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Kecerdasan ini meliputi kepekaan terhadap fenomena-fenomena alam, serta dapat mengenali dan mengkategorikan spesies, flora dan fauna di lingkungan sekitar. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi, biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasiikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan individuyang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna.

Ciri-ciri lain adalah suka dan sayangi pelagai haiwan peliharan, menikmati perasaan berjalan-jalan di alam yang terbuka, suka berkebunatau dekat dengan taman dan pelihara binatang. Sentiasa menghabiskan masa lapang terhadap akuarium atau sistem kehidupan alam, suka membawa pulang serangga, daun, bunga aatau benda alam yang lain. Individu ini dapat mengklasifikasikan bentuk-bentuk semulajadi seperti haiwan dan spesis tumbuhan dan batu-bata, serta jenis gunung dan pengettahuan yang digunakan semulajadi dalam perladangan, perlombongan , petani dan tukang kebun. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalis akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti luar kelas. Ahli biologii, ziilogi, petani, ahli botani, perancang bandar, ahli geologi, dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi. 

9.      Kecerdasan Spiritual / Eksistensialime
Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian, dan juga realitii yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkenalkan dan diperkembangkan oleh Howard Garner pada tahun 1999. Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini, seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam.





b. Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas

Mengikut Kamus Dewan, istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai. Cerdas pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Ahli biologi mendefinasikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yag dimiliki oleh seseorang individu untuk melakukan penyesuaian dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. Pakar psikologi mendefinasikan istilah pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logic dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Kanak-kanak pintar cerdas ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu fenomena yang abstrak.

             Ibubapa memerlukan pendedahan untuk mengenali bakat dalam diri anak mereka yang pintar cerdas. Selain itu, mempertimbangkan kemungkinan yang akan berlaku pada kanak-kanak pintar cerdas ini. Kerana secara lazimnya, ibubapa  lebih membimbangkan keperluan sosial dan emosi berbanding keperluan fizikal mereka. Mereka membimbangkanpendidikan dan pergaulan anak-anak mereka di sekolah. Ibubapa kanak-kanak pintar cerdas perlulah sensitive terhadap cabaran yang mungkin akan dihadapi oleh anak-anak mereka. Ibubapa mungkin terasa orang lain menganggap mereka terlalu mendesak sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan terbaik untuk anak-anak mereka yang pintar cerdas.

            Adik beradik kanak-kanak pintar cerdas yang berbeza perkembangannya, lebih mempunyai perasaan positif terhadap mereka. Kajian menyatakan bahawa adik beradik lain kanak-kanak pintar cerdas akan mempunyai diri yang rendah, kelemahan pengurusan emosi dan kebimbangan yang terlampau. Ibubapa mungkin sering menggunakan gelaran pintar cerdas terhadap anak mereka yang pintar untuk mendapatkan layanan istimewa daripada pihak sekolah. Ibubapa juga mungkin berlakunya pertelingkahan untuk mendapatkan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka yang pintar cerdas. Maka ibubapa memerlukan pendedahan tentang pemilihan sekolah yang terkenal dan sesuai untuk anak-anak pintar cerdas ini. Segelintir ibubapa mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan ibubapa yang tidak mempunyai kanak-kanak pintar cerdas. Ibubapa yang tidak memiliki anak pintar cerdas menganggap anak-anak pintar cerdas dapat menempuhi semua halangan. Kebanyakkan ibubapa kanak-kanak pintar cerdas terlalu melindungi anak-anak mereka dan menginginkan kesempurnaan yang terlampau.

            Ibubapa kanak-kanak pintar cerdas tidak harus membandingkan anak-anak dengan kanak-kanak lain. Selain daripada memberi dorongan dan semangat kepada anak-anak. Haruslah kawal dan tegur anak-anak sekiranya anak-anak mengeluarkan kata-kata seperti “saya sungguh bodoh” dan membantunya dengan menggunakan penyataan seperti “ini adalah kecuaian diri saya”. Bantu anank-anak belajar mengambil keputusan daripada kejayaan yang telah diperolehi pada hari ini. Mereka boleh menggalakkan anak-anak untuk menyatakan perasaan dan emosinya. Cuba mengajaknya untuk berkongsi harapan, impian, ketakutan dan keselamatan. Boleh bercakap tentang keadaan gender dan batasan antara lelaki dan perempuan. Ibubapa boleh menggalakkannya untuk mengikut minatnya dan merancang masa untuk belajar tentang perkara yang ingin diketahui, menyokong dalam membuat keputusan. Sekurang-kurangnya, ibubapa haruslah biarkan kanak-kanak pintar cerdas ini mencari kawan baru yang boleh menghargainya dan menerima seadanya.

            Kaufmann dan Castellanos (2000) dalam kajian mereka mendapati bahawa ibubapa pelajar pintar cerdas serig mengadu bahawa anak mereka kerap bersendirian berbanding rakan senaya mereka, bersikap kurang sabar dan sifat hiperaktif. Oleh itu, sokongan daripada ibubapa amat diperlukan oleh kanak-kanak pintar cerdas. Ibubapa memerlukan kefahaman tentang hakikat memiliki anak yang berbeza daripada biasa agar mereka dapat memberi sokongan psiko-sosial yang sewajarnya bagi menggalakkan perkembangan anak mereka. Kebanyakkan ibubapa dan sebilangan besar masyarakat menganggap bahawa pelajar pintar cerdas seharusnya cemerlang dalam semua aktiviti terutamnya yang berkaitan dengan bidang akademik. Anggapan sebegini akan menyebabkan tekanan kepada golongan sebegini sehinggakan ada sebilangan daripada mereka yang gagal di pertengahan jalan.

            Pada peringkat awal sesuatu program pendidikan pintar cerdas, ibubapa dan masyarakat perlu didedahkan dengan realiti konsep yang ingin digunapakai agar sebarang ekspektasi yang mungkin memberi tekanan yang tidak sewajarnya kepada anak mereka dielakkan. Justeru, langkah-langkah seperti taklimat pendedahan awal berkaitan program, kaunseling keibubapaan , semasa program berlangsung, sesi susulan selepas program berakhir dan sebagainya harus dirangka untuk dilaksanakan.

            Ibubapa harus menekankan betapa pentingnya pelajaran kepada anak-anak pintar cerdas. Harus menghrmati pendapat orang lain dan mesti bertolak-ansur dalam sesuatu hal. Ibubapa perlu melakukan aktiviti riadah dan reaksi kepada anak-anak mereka seimbang dengan waktu pelajaran mereka. Jangan desak anak-anak untuk belajar berterusan. Beri cabaran dan sokongan dengan selari. Jika anak-anak berjaya melakukan sesuatu dengan betul, beri pujian, manakala jika mereka melakukan kesilapan tegur secara baik. Jangan terlalu memberi keistimewaan kepada kanak-kanak pintar cerdas dan bagi dendam jika mereka melakukan kesilapan.

            Sabagai ibubapa kanak-kanak pintar cerdas, beri anak anda kasih sayang  yang tiada syarat, serta membentuk ikatan emosi yang kuat dengan anak anda. Memberkan peluang yang aman bagi anak anda untuk “gagal” dari masa ke semasa. Komitmen berperingkat tetapi terus cuba pengalaman baru seperti makanan baru, teman baru, tempat baru untuk melawat atau kemahiran baru. Mendorong anak anda untuk menjadi seseorang yang suka meneroka secara terus menerus bagi membantu mereka mencuba sesuatu yang baru dan menjadikan kesalahan sebagai pengalaman semasa belajar sebagai satu kejayan.

            Ibubapa juga boleh menjadi model yang baik. Biar anak pintar cerdas anda melihat anda gagal dan bangkit kembali. Menunjukkan bahawa anda mempunyai batas anda sendiri dan menumpukan pada kekuatan anda. Penglibatan dalam pelbagai aktiviti kompetitf dapat membantu anak-anak belajar untuk menghadapi persaingan dengan cara yang lebih santai. Pengalaman yang ada dapat membantu mengurangkan persaingan. Mendorong anak untuk memberi perhatian yang lebih dalam penyertaan dalam satu-satu acara tersebut. Membolehkan anak-anak untuk bercakap secara terbuka tentang ketakutan mereka dan kegelisahan tentang persaingan. Mengelakkan daripada memberi anak mendedahkan perasaan negatif terhadap orang lain. Yang terakhir menggalakkan anak-anak pintar cerdas anda dengan menggunakan ketawa untuk mengatasi tekanan.





c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-
kanak pintar cerdas.

Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan daripada kanak-kanak biasa, maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini. Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikn kanak-kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan.

            Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktviti iaitu pendedahan, latihan berkelopok dan penyelidikan masalah sebenar. Dalam aktiviti pendedahan mjurid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu sudut yang lengkap dengan pelbagi bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut, dari mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini disediakan. Selain daripada mjalah, risalah dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti pendedahan.

             Latihan berkelompok ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak pintar cerdas. Antara aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kriitis, penyelesaian msalah, kaedah projek dan inkuiri-penemuan. Penyelidikan masalah sebenar pula berfungsi kenak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap.

            Program Percepatan bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan pogram ini, seperti kanak-kanak yang lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian daripada masa keas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulum setahun diajar dalam tempoh enam bulan dan lebihan masa itu digunakan untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi.
            Program Pengelompokan menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini dikumpulan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna.

            Selain daripada program pendidikan yang dinyatakan di atas, pengajaran dengan bantuan teknologi komputer juga salah satu caranya. Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students Work Smart” telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memnuhi keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antarnya ialah teknologi yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi keselesaan kepada pelajar.

Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kesembilan-sembilan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalaan, pengayaan, dan pengajaran yang sesuai (Armstrong 1994). Dalam konteks pendidikan, guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner. Maka, guru juga dapat merancang aktiviti dalam P&P yang sesuai daripada sembilan kkecerdasan tersebut untuk kanak-kanak pintar cerdas juga.

Semasa melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dallam P&P, terdapat tiga peringkat iaitu Peringkat Padanan, Percubaan dan Peningkatan. Pada Peringkat Padanan, guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar pintar cerdas tersebut bagi memudahkan proses pembelajaran. Pada peringkat ini, guru mengenalpasti kekuatan sendiri dalam kecerdasan pelbagai dan juga kekuatan pelajar tersebut. Melalui mengenalpasti ini, guru dapat memilih strategi P&P yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan pelajar tersebut. Dengan ini, guru boleh memperkembangkan potensi pelajar dalam kecerdasan yang belum menyerlah.

Peringkat Percubaan bagi melaksanakan atau mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana Teori Kecerdasan Pelbagai boleh diaplikasikan dalam P&P seharian. Terdapat persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi menyediakan rancangan pengajaran, melalui verbal-linguistik, melibatkan persoalan bagaimana saya boleh menggunakan bahasa llisan, bacaan dan penulisan? Selain itu, persoalan logikal-matematik ialah bagaimana saya boleh memasukkan nombor, pengiraan atau menggalakkan pemikiran kritis? Melalui visual-ruang melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh menggunakan bahan bantu belajar mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun grafik?

Seterusnya elemen muzik, bagaimana saya boleh menggunakan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi? Elemen kinestetik pula bagaimana saya boleh melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti “hand-on”? Di samping itu, elemen interpersonal melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh melibatkan pelajar dalam perkonsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau simulasi kumpulan? Elemen intrapersonal pula bagaimanakan saya boleh memberi pilihan kepada pelajar merangsang perasaan kendiri? Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah saya boleh membawa alam semulajadi ke dalam bilik darjah atau membawa pelajar keluar ke alam semulajadi.

Pada peringkat kedua ini juga guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran, terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghiaskan bilik darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan. Contohnya, pelajar pintar cerdas yang cenderung kepada verbal-linguistik menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Membawa pelajar keluar dari bilik darrjah juga merupakan aktiviti yang dapat menarik mint pelajar, supaya guru dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu ini mempunyai dan menggunakan kecerdasan pelbagai masing-masing.

Pada Peringkat Peningkatan, guruu perlu mengaitkan Teori Kecerdasan Pelbagai dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan pelajar. Melalui peningkatan ini, pelajar dapat mengaplikasikan apa yang diajar dalam hal tertentu. Dalam visual-ruang, pelajar dapat melakar, membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya. Melalui kinestetik pula, pelajar boleh memanipulasi alat, bahan untuk menyelesaikan masalah. Melalui muzik, murid memahami ritma, harmoni,, mengenalpasti masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan dari segi interpersonal pula, pelajar mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaiannya. Peningkata intrapersanol, pelajar membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan diri mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, peningkatan naturalis, pelajar menggunakan contoh daripada alam semulajadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.

Melalui peningkatan kecerdasan pelajar, kreativiti dan inovasi dapat dicungkil daripada pelajar pintar cerdas. Pelajar ini juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuautu perkara serta mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan. Aktiviti bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan Teoti Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.

Bagaimanapun, tugasan yanglebih sesuai antaranya meminta mereka menulis satu artikel mengenai satu tajuk yang memang menarik minat mereka. Dalam soal menyiapkan tugasan, selain memberi mereka galakan supaya menyiapkan tugasan mereka dengan baik mungkin, golongan pelajar ini perlu diberi kebebasan dalam menentukan had masa mmenyiapkan tugasan, Ini keranan motivasi intrinsik adalah pendorong yang kuat terhadap tingkahlaku mereka. “Kanak-kanak pintar cerdas perlu menikmati autonomi, autoriti dan kebebasan untuk memebuat keputusan sendiri. Namun kebebasan ini perlu digabungkan dengan amanah.[1]




d. Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas.

Ramai golongan masyarakat berpandangan bahawa seorang yang pintar cerdas merupakan seorang yang sentiasa Berjaya dalam segala yang mereka lakukan tanpa ada sebarang masalah. Tetapi hakikatnya, golongan pintar cerdas iini mempunyai masalah mereka sendiri. Masalah yang mereka hadapi boleh dilihat dari aspek kognitif. Kanak-kanak yang pintar cerdas mudah rasa bosan dengan arahan yang mudah, serta berulang kerana mereka jemu dengan sesuautu yang mudah bagi mereka. Ini kerana golongan pintar cerdas ini suka perkara yang kompleks yang mencabar kebolehan mereka. Rakan-rakan sebaya mereka juga tiidak mempunyai nilai kesabaran yang tinggi, serta suka bertindak dengan terburu-buru dalam melakkan sesuatu perkara.

            Dalam akademik pula, mereka memangnya sering mendapat keputusan yang cemerlang. Kanak-kanak yang pintar cerdas cenderung untuk menyoal guru sewaktu di dalam kelas sehingga keluar dari topik pengajaran, malah menyebabkan rakan yang lain menjadi keliru di samping menggangu P&P yang sedang dijalankan. Oleh itu, kanak-kanak pintar cerdas seharusnya menjalankan kurikulum yang berlainan daripada kanak-kanak normal yang lain bagi mengelakkan proses pembelajaran kanak-kanak yang lain terganggu.

            Potensi yang tinggi yang ditunjukkan mereka dalam akademik sudah semestinya membuatkan para ibubapa kanak-kanak tersebut berasa gembira dan bangga, serta menganggap mereka mampu menguasai semua matapelajaran yang kemudiannya akan memberi tekanan kepada mereka. Kebolehan kanak-kanak yang pintar cerdas yang mampu menyiapkan tugasan lebih awall daripada rakan yang lain akan menyebabkan mereka berasa bosan, dan kemudiannya akan mengganggu rakan-rakan yang lain di dalam kelas. Walaupun mereka sentiasa cemerlang dalam akademik, tetapi kebanyakkan rakan-rakan di sekeliling selalunya akan menganggap golongan pintar cerdas ini menunjuk-nunjuk dengan kehebatan mereka.

            Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakkannya berkebolehan dalam bidang yang terhad sahaja. Sebagai contoh, kebanyakkan kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai kecerdasan dalam bidang matematik, tidak boleh menguasai matapelajaran yang lain dengan baik. Ini menunjukkan kebolehan yang mereka miliki selalunya hanya berfokus kepada satu bidang sahaja. Dari segi tingkahlaku pula, golongan ini sangat sensitif dan mudah tersinggung apabila dikritik atau ditegur. Mereka amat mementingkan kesempurnaan dan sentiasa ingin berjaya. Tetapi dari pandangan orang lain mereka ini dilihat sebagai seorang yang degil.

            Perkembangan kanak-kanak normal dan kanak-kanak pintar cerdas adalah sama, tetapi berbeza. Perkembangan kanak-kanak pintar cerdas boleh diukur dari segi emosi dan sosial. Dari segi emosi, kanak-kanak pintar cerdas mudah terasa tertekan. Keadaan sosial dan emosi kanak-kanak yang pintar cerdas sangat berkait rapat dengan satu sama lain. Golongan kanak-kanak pintar cerdas tidak memilih kawan berdasarkan kepada umur kronologi, tetapi berdasarkan kepada minat yang sama. Kebanyakkan golongan ini lebih selesa untuk bergaul dengan golongan yang lebih tua daripada mereka. Adalah penting juga bagi golongan pintar cerdas ini mendapat seorang rakan yang mementingkan persahabatan, tetapi bukan untuk populariti semata-mata seperti mana yang sering dilakukan oleh golongan biasa yang lain. 

            Ini menunjukkan bahawa mereka amat mementingkan kualiti daripada kuantiti kawan mereka. Hubungan persahabatan yang rapat memberi peluang untuk mereka meluahkan perasaan, pendapat dan keyakinan mereka. Bagi mereka, hubungan persahabatan memberi sokongan, keselesaan, kepercayaan, kenikmatan dan kebaikan, malah bagi mereka sahabat yang sebenar hanya akan mencari kebaikan antar satu sama lain tanpa menyalahkan perbuatan sahabat mereka sendiri. Persepsi serta pendirian mereka inilah yang sedikit sebanyak menyebabkan mereka tidak mempunyai ramai kawan.

            Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakkan mereka amat mementingkan kesempurnaan dan tidak suka akan kegagalan. Menurut Patricia Schuler (2002), seorang kaunselor dan konsultan pendidikan di New York, telah merumuskan kajiannya berkaitan kanak-kanak pintar cerdas yang mementingkan kesempurnaan dalam semua perkara yang mereka lakukan. Apabila berada di dalam satu kumpulan kanak-kanak pintar cerdas sentiasa menekankan kesempurnaan. Mereka lebih suka untuk menjadi seseorang teliti dari pelajar yang sederhana. Sifat mereka yang sangat mementingkan kesempurnaan ini menjadi satu tekanan yang berkesan ke arah pencapaian yang cemerlang.

            Dalam akademik, kanak-kanak pintar cerdas yang dimasukkan ke dalam kelas kumpulan kanak-kanak pintar cerdas akan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada penilaian-penilaian yang akan dijalankan daripada belajar bersama-sama kanak-kanak pintar biasa. Terdapat dalam kalangan guru yang tidak memberi perhatian kepada kanak-kanak pintar cerdas bagi mengelakkan mereka menjadi sombong, tetapi memberi kesan yang buruk kepada kanak-kanak pintar verdas tersebut. Keadaan ini akkan mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak itu. Dalam konsep kendiri, kanak-kanak pintar cerdas akan mendapat kesan positif atau negatif bergantung kepada konsep mereka terhadap diri mereka sendiri.

            Konsep kendiri boleh memberi kesan kepada akademik, sosial dan fizikal mereka. Dalam akademik, kanak-kanak itu akan suka berpandangan bahawa keputusan mereka dalam sesuatu matapelajaran tidak akan bagus dan akan mendapat keputusan yang kurang baik. Dari sosial pila, kanak-kanak pintar cerdas akan menjadi sedikit sensitif dengan keadaan dan perasaan orang yang berada di sekeliling mereka. Mereka akan cepat mudah terasa dengan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Selain itu, mereka juga sensitif dari konsep kendiri fizikal. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini sangat mementingkan penampilan mereka. Contohnya, pakaian yang cantik atau keadaan tubuh badan yang langsing dan sebagainya.

            Biasanya, semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang, maka semakin tinggilah keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm, 1998). Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang heterogen. Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain (Bee, 1999). Keadaan ini hanya akan dapat difahami apabila kita lebih kerap mendampingi mereka. Ketika berdepan dengan masalah perbezaan, kanak-kanak pintar cerdas ini mungkin menggunakan pelbagai strategi termasuk menafikan kecerdasan mereka, mengelak bergaul dengan orang lain, dan meninggalkan keperluan sosialnya.

            Keadaan ini membawa kepada satu masalah sosial atau pendidikan iaitu golongan pintar cerdas juga adalah golongan yang berpotensi memberi sumbangan besar kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagaimana yang kita fahami, fungsi pendidikan adalah untuk mengembangkan potensi yang ada pada setiap pelajar selain memenuhi keperluan setiap individu pelajar untuk berkembang. Jika kita mlihat dari perspektif pendidikan Berpusatkan-pelajar, kita akan mendapati pendidikan adalah usaha-usha untuk memenuhi keperluan perkembangan diri pelajar. Dan dalam aspek ini, pelajar pintar cerdas ini memerlukan bantuan dan bimbingan pendidik.

            Kanak-kanak pintar cerdas sering disalah anggap oleh orang lain, mereka perlu bersabar walaupun tidak faham. Apabila usianya meningkat, mereka akan menambah perasaan benci terhadap pergaulan sosial, mereka mungkin akan mengelakkan diri daripada bergaul dengan orang lain. Kebanyakkan daripada mereka bersikap dingin, kerana mereka merasa kecewa dengan persekitaran sekolah. Ini berpunca daripada perkembangan yang terlalu awal dalam lokus-kawalan-dalaman dan kepuasan hasil kerja sendiri, mereka menghadapi masalah untuk patuh kepada norma, menafikan pengiktirafan luaran, dan memilih untuk menjalani hidup mengikut nilai sendiri. Semua tiingkahlaku tersebut dianggap orang lain sebagai mencabar autoriti dan tradisi.

            Kanak-kanak pintar cerdas menjangka tinggi terhadap hasil kerja mereka, maka mungkin berlaku juga di mana mereka menganggap semua masalah yang mereka hadapi adalah akibat tindakan orang lain. Contohnya, mereka sukar menerima kritikan orang lain, dan faktor inilah yang menyebabkan mereka boleh menyerang orang lain atas kegagalan dan masalah mereka sendiri. Sikap terlampau kritikan juga mungkin menjadikan mereka menafikan nilai yang ada pada diri mereka.

            Bagi mereka yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi dan menyedari apa yang berlaku terhadap diri mereka, sentiasa berusaha mengatasi masalah tersebut walaupun perubahan yang mereka alami hanya sedikit. Kesunyian menjadi perkara biasa dalam hidup mereka, kerana idea-idea mereka tidak dapat dikongsi atau diterang oleh orang lain. Masalah komunikasi yang serius seperti ini berlaku terutamanya pada mereka yang sangat berlainan daripada orang kebanyakkan. Biasanya, idea-idea radikal mereka yang menjadikan orang lain terpaku apabila mendengarnya, dan sukar diterima orang lain. Kelainan mereka menyebabkan orang ramai menjauhi mereka. Sebenarnya, kanak-kanak pintar cerdas ini tidak semestinya boleh cepat menjadi kawan walaupun di kalangan golongan mereka sendiri, sekalipun mereka mungkin lebih memahami satu sama lain.

            Sosial adalah sebahagian daripada keperluan asas manusia dan juga suatu aspek penting dalam kehidupan bermasyarakat. Masalah sosial yang sangat serius membawa impak buruk kepada kesejahteraan hidup seseorang individu. Oleh itu, menghadapi tekanan sosial yang sangat serius tidak mungkin dapat menumpukan perhatiannya kepada usaha-usaha untuk memajukan masyarakat. Jelas sekali masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan pintar cerdas adalah berpunca daripada dua faktor utama iaitu keistimewaan yang ada pada diri mereka dan faktor luaran. Selain motivasi, perhatian juga perlu diberi kepada keperluan mereka yang unik.




Bibliografi

Bee, H. (1999). The growing child: An applied approuch (2nd  edition). New York: Longman.

Chan, D. W. (2003). Dimensions of emotional intelligence and their relationships with
social coping among gifted adolescents in Hong Kong. Hong Kong: Journal 0f Youth and Adolescence, 32(6),409.
Chua, T. T., & Koh, B. B. (1992). Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan: Bacaan
asas. Kuala Lumpur: DBP.

Clark, C., & Callow, R. (2002). Educating the gifted and talented: Resource issues and
processes for teachers (2nd  eition.). London: Fulton.

Davis, G. A, & Rimm, S. A. (1998). Education of the gifted and talented (4th edition).
Boston: MA:Allyn.

Davis, G. A. & Rimm, S. B. (2004). Education of the gifted and talented (5th  edition).
Boston: Allyn and Bacon.

Davis, G. A. and Rimm, S. A. (1998). Education of the gifted and talented (4th  edition).
Boston, MA: Allyn and Bacon.

David Lazear. (2004). Higher -Order Thinking: The Multiple Intelligence Way. United
Kingdom: Crown House Publishing Limited.

David Lazear. (2006). The Intelligent Curriculum: Using multiple intelligent to develop your
student’ full potential. Selangor: Masterpiece Publication Sdn. Bhd.

David Lazear. (2007). Pemikiran Aras Tinggi: Kaedah Kecerdasan Pelbagai (Wirakarnain
Sani, Terjemah). Selangor: Wisdom Mind Resource Sdn Bhd.

Gagne, F. (1995). From giftedness to talent: A developmental model and its impact on
the language of the field. Roeper Review, Dec95, Vol. 18 Issue 2, p103-111.

Gallagher, J. J., & Gallagher, S. A. (1994). Teaching the gifted child (4th edition). Boston:
MA: Allyn.

Gallucci, N. T., Middleton, G., & Kline, A. (1999). Intellectually superior children and
behavioral problems and competence. Roeper Review, 22(1), 18-21.

Gardner, H. (1983). Frame Of Mind: The Theory Of Multiple Intellgence. NewYork: Basic
Books.

Gardner, H. (2006). Multiple Intelligence:New Horizons. London: Basic Books.

Hasan Hj. Mohd Ali. (1996). Mendidik anak pintar Cerdas. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributor Sdn. Bhd.

Hasbah Udin. (1992). Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.











Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory &
Zuraidah Zainol. ( 2011). Pemikiran Kritis dan Kreatif. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Jones, G. (1990). Personal Computers Help Gifted Students Work Smart. ERIC Digest.

Kagan, S. & Kagan, M. (1998). Multiple Intelligences. San Clemente: Kagan Coperating
Learning.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2011). Pedagogi: Asas Pendidikan.
Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.

Kaufmann, F. A. and Castellanos, F.X. (2000). Attention deficit/Hyperactivity Disorder in
Gifted Students. In K. A. Heller, F.J Monks, R. J. Sternberg and R.F Subotnik (eds) International Handbook of Giftedness and Talent. Oxford: Pergamon/Amsterdam: Elsevier.

Leyden, S. (1998). Supporting the child a/exceptional ability (2nd  edition). London: Fulton.

Moon, S. M., Zentall, S. S., Grskovic, 1. A., Hall, A., & Stormont, M. (2001). Emotional and
social characteristics of boys with ADHD and giftedness: A comparati ve case study.
Journal/or the Education a/the Gifted, 24(3), 207-247.

Nik Azis Nik Pa. (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan praktik.
Petaling Jaya: Pustaka Islam.


Noor Aini Khalifah dan Nik Azis Nik Pa. (1989). Kanak-kanak Pintar Cerdas Satu
Perspektif Bersepadu Tentang konsep, Masalah dan Program Pendidikan (Jurnal
Pendidikan). Malaysia: Universiti Malaya.

Piirto J.(1999). Talented Children And Adult ‘Their Development And Education’ (2nd
edition). United States of America: Prentice-Hall. Inc

R. Bruce William. (2002). Multiple Intelligences for Differentiated Learning. United States
of America: Corwin A Sage Company.

Renzulli, J. S. (2000). The identification and development of giftedness as a paradigm for
school reform. Journal Of Science Education And Technology.

Rosadah Abd Majid. (2004). Satu Kajian Perbandingan Profil Pelajar Pintar Cerdas
Akademik Dengan Pelajar Sederhana Akademik. Malaysia: Tesis doktor falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Schuler P. (2002). Perfectionism in gifted children and adolescents. In M.Neithart, S.M. Reis,
N. M. Robinson & S. M. Moon (Eds.). The Sosial and emotional development of
gifted children:What do we know? (pp.71-79). Waco, TX: Prufrock Press.

Siti Rahayah Ariffin, T.Subhan Mohd Meerah, Norasmah Othman & Ibrahim Mohamed
Zain. (2004). Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) di kalangan
Pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Jurnal Teknologi, 41(E) Dis. 2004: 33-42.

Sousa D. A. (2003). How the gifted Brain Learns. California: Corwin Press.Inc.

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd Shukor, Ramlah Jantan,
Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2009). Pembelajaran dan perkembangan
pelajar. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Siri Pendidikan
Guru: Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.


Sutherland M. (2008). Developing the gifted and talented young learner. London: SAGE
Publications Ltd..

Thomsom N. (2006). Supporting Gifted And Talented Pupils In The Secondary School.
London: Paul Chairman Publishing.

Woitaszewski, S. A. (2003). Recent dissertation research in gifted studies: The contribution
of emotional intelligence to the social and academic success of gifted adolescents.
Roeper Review, 26(1), 53.






[1] Nik Azis Nik Pa, 1990, ms. 61

No comments:

Post a Comment