Wednesday, 21 August 2013

Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran Murid Tahun 4 Menambah Nombor Perpuluhan Sehingga Dua Tempat Perpuluhan

PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menyempurnakan kajian ini. Terutamanya kepada Guru Besar SJKC Tat Choi Tanjung Rambutan, Cik Ooi Ah La dan PK Tadbir dan Kurikulum iaitu Cik Lim Pau Chu atas keprihatian pihak pentadbiran sepanjang saya menjalnkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada PH HEM dan PK Kokurikulum SJKC Tat Choi Tanjung Rambutan, atas kerjasama baik yang diberikan.

            Selain itu, ucapan terima kasih ini juga dihulurkan kepada penasihat-penasihat kajian saya iaitu semua ahli jawatankuasa Panitia Matematik iaitu Puan Chow Sau Fang, Puan Chu Cheng Mooi, Puan Lee Jye Shan dan Puan Low Mei Ling, serta murid-murid Tahun 4 SJKC Tat Choi Tanjung Rambutan sesi 2012 yang menjadi responden Kajian Tindakan saya.

            Kalungan penghargaan ini juga ditujukan khas kepada UPSI, kerana telah memberi peluang kepada saya menimba ilmu di Tutorial Kali Pertama dan Tutorial Kali Kedua. Pengetahuan dan bahan yang diperolehi di tutorial tersebut membantu saya membuat Kajian Tindakan kali ini. Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan idea untuk menyiapkan laporan ini samaada secara eksplisit mahupun implisit.

Sekian, terima kasih.
Chin Yoong Leng
D20112055356





ABSTRAK
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid-murid Tahun 4 menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan. Terdapat segelintir murid Tahun 4 yang tidak dapat menguasai konsep operasi tambah yang melibatkan nombor perpuluhan dan nombor bulat. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 21 orang murid Tahun 4 dari SJKC Tat Choi Tanjung Rambutan.

            Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis latihan yang dibuat oleh murid (makropengajaran), jawapan peperiksaan akhir tahun berhubung dengan kemahiran ini,  pemerhatian semasa aktiviti kumpulan dijalankan (makropengajaran) serta temubual. Soal selidik juga digunakan bagi meninjau pandangan murid terhadap pengajaran guru.
           
6 soalan (Pra Ujian) mengenai operasi menambah yang melibatkan nombor perpuluhan telah diberikan semasa makropengajaran untuk meninjau kekuatan pelajar dalam konsep operasi menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan. Berdasarkan analisis tersebut, terdapat segelintir murid masih belum menguasai konsep tersebut, terutama soalan yang melibatkan penambahan nombor bulat dengan nombor perpuluhan.

            Pelaksanaan kajian  memperkenalkan satu Kaedah Permaianan iaitu “Lakonan Jual Beli” dengan wang permainan. Kaedah ini diaplikasikan supaya disamping belajar, murid dapat bermain bagi mengelakkan berasa cepat bosan dan mudah putus asa. Dalam aktiviti jual beli, terdapat barangan yang nilainya terdapat perpuluhan ataupun nombor bulat sahaja.

            Perbandingan keputusan sebelum  aktiviti dijalankan dengan selepas aktiviti dijalankan amat memberangsangkan. Perbezaan skor antara Pra Ujian dengan Pos Ujian yang amat ketara bagi semua membuktikan tahap penguasaan murid dalam operasi menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat sehingga dua tempat. Murid-murid didapati lebih berani untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Ini bermakna pendekatan yang diambil dalam Kajian Tindakan ini tepat.

            Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang melaksanakan kajian ini, saya berasa puas hati apabila melihat murid yang rendah pencapaiannya dalam kajian ini turut melibatkan diri dan menyatakan “seronok” untuk menjawab soalan secara tidak langsung. Oleh itu, saya mendapati terdapat sesetengah murid memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam pembelajaran.



FOKUS KAJIAN : REFLEKSI P&P LEPAS
Sewaktu menyemak latihan murid Tahun 4, didapati terdapat segelintir murid tidak dapat menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan yang melibatkan nombor perpuluhan dengan nombor bulat. Berdasar pemerhatian semasa sesi makropengajaran dijalankan, terdapat murid yang menunjukkan reaksi keliru dan hilang fokus semasa belajar. Beberapa murid gagal menyelesaikan masalah yang ditunjukkan oleh guru pada slide. Terdapat kekeliruan penambahan titik perpuluhan pada nombor bulat serta bilangan nombor sifar yang perlu ditambahkan pada akhiran nombor bulat.

            Perasaan sedih dan kecewa terdetik di hati atas kegagalan ini, kerana guru telah   berusaha semampu yang boleh untuk memudahkan pemahaman murid. Guru berasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Oleh itu, satu tindakan perlu diambil bagi mengatasi  masalah tersebut. Guru perlu membuat sesuatu pembaharuan untuk mengubah tanggapan negatif murid terhadap mata pelajaran matematik. Satu Kaedah Permainan akan diaplikasikan untuk menarik minat murid dan mengelakkan murid hilang fokus semasa P&P dijalankan. Pendekatan “Lakonan Jual Beli” akan dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran murid-murid Tahun 4 menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan.



ISU KEPERIHATIAN
Nombor perpuluhan kerap kali muncul di soalan yang melibatkan nilai wang, panjang, kuatiti cecair, kuantiiti berat dan sebagainya. Operasi menambah pula adalah operasi asas bagi mata pelajaran Matematik, jika pelajar tidak dapat menguasai kemahiran ini dengan baik, bagaimana mereka dapat menyelesaikan soalan Matematik yang melibatkan operasi menolak, mendarab dan membahagi. Namun realitinya, masih terdapat murid yang gagal mengenal tempat yang perlu menambahkan titik perpuluhan dan bilangan nombor sifar yang perlu ditambahkan, apabila bertemu dengan soalan yang terdapat nombor bulat bersama dengan nombur perpuluhan.

Kesannya mereka tidak dapat menyelesaikan masalah dalam bentuk lazim sedemikian, seterusnya memberikan jawapan yang salah. Oleh itu, konsep nombor perpuluhan ini amat perlu menilai serta membimbing murid memahami dan menjawab soalan yang bersituasi sedemikian. Guru juga berpendapat bahawa masalah ini amatlah perlu ditangani segera sebelum murid melangkah atau melanjutkan pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi.  




OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Meningkat kemahiran menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan.

Objektif Khusus
  1. Murid dapat mengenalpasti tempat titik perpuluhan yang sepatutnya letakkan.
  2. Murid boleh menambah bilangan nombor sifar yang betul di akhiran titik perpuluhan.
  3. Murid boleh menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor perpuluhan dalam bentuk lazim dengan cara yang betul.
  4. Guru boleh melihat perubahan pencapaian pelajar sebelum dan selepas Kajian Tindakan ini dilaksanakan melalui Pra Ujian dan Pos Ujian.
           

SOALAN KAJIAN
Pra Ujian
a) 0.05 + 0.62 =

b) 0.46 + 0.27 =

c) 7 + 0.73 + 2.64 =

d) 0.08 + 0.33 + 1.04 + 2.16 =

e) 5.42 + 1 + 3.87 =

f) 9 + 6.11 + 3 + 0.85 =

Pos Ujian
a) 0.05 + 0.62 =

b) 0.46 + 0.27 =

c) 7 + 0.73 + 2.64 =

d) 0.08 + 0.33 + 1.04 + 2.16 =

e) 5.42 + 1 + 3.87 =

f) 9 + 6.11 + 3 + 0.85 =

KUMPULAN SASARAN
Responden atau kumpulan kajian adalah terdiri daripada murid Tahun 4 SJKC Tat Choi Tanjung Rambutan sesi 2012, dan seorang guru sebagai pengkaji. Kumpulan ini terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan, di mana 11 orang daripadanya adalah berbangsa Cina, 6 orang berbangsa Melayu dan 4 orang berbangsa India (Rujuk Lampiran 1).


MERANCANG TINDAKAN
Pemerhatian dibuat semasa aktiviti P&P Makropengajaran berlangsung, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan (kad White Board) dan latihan bertulis (Pra Ujian). Di samping itu, pemerhatian dibuat juga untuk menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan, seperti sepanjang proses P&P, tindakbalas terhadap penyoalan (kad White Board) serta latihan bertulis (Pra Ujian).

            Temu bual digunakan untuk mengumpul data, dan kaedah ini digunakan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Melalui temu bual, saya dapat mengenalpasti punca sebenar masalah murid dalam menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan, serta penyertaan murid dalam aktiviti P&P tersebut kurang memuaskan.

            Hasilan soal selidik dapat membantu guru mengutip maklumat atau data untuk meninjau masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kumpulan sasaran, dan menentukan sama ada kaedah Kajian Tindakan yang dijalankan sesuai dengan keupayaan murid atau tidak. Di samping itu, guru dapat merancang P&P yang paling releven dalam meningkatkan pencapaian murid berdasarkan data yang dikumpulkan.     

            Latihan bertulis dalam buku latihan dijadikan Pra Ujian untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman murid dalam menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan. Pada peringkat awal, saya telah menyediakan 6 soalan untuk menguji tahap pencapaian murid. Selepas bimbingan dijalankan, saya juga sediakan bilangan soalan yang sama dalam menguji keberkesanan Tindakan Kajian saya.

            Hasilan daripada pengumpulan data di atas, didapati masih terdapat murid yang tidak dapat menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan dengan baik. Maka, saya akan menerapkan unsur main peranan dan belajar sambil bermain dalam aktiviti P&P saya agar menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif. Dengan itu, guru juga dapat menjadikan aktiviti P&P lebih aktif dan menarik.



MENJALANKAN TINDAKAN
Tindakan yang diambil untuk menangani masalah murid keliru dan tidak mahir meletakkan titik perpuluhan dan penambahan bilangan nombor sifar di tempat nombor, serta mengatasi masalah murid cepat rasa bosan atau putus asa, maka guru menggunakan satu Kaedah Permainan iaitu “Lakonan Jual Beli”.

            Sebelum mengaplikasi kaedah tersebut, terlebih dahulu guru perlu menyediakan barangan berikut:
a)    Meja kecil (5 buah)
b)    Pelbagai barangan yang siap dilekatkan harga
c)    Wang permainan (wang kertas dan syiling)

Di bawah adalah langkkah-langkah “Lakonan Jual Beli”dijalankan.


Langkah 1 :    Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan, salah satu kumpulan akan main peranan
sebagai peniaga, dan setiap peniaga mempunyai gerai dan barangan jualannya
sendiri. Ahli kumpulan yang selainnya adalah pelanggan, dan mereka akan dibekalkan wang permainan.

Langkah 2 :    Semua pelanggan bertindak berpasangan ke gerai yang dikehendaki untuk membeli 2-3 barangan yang ditugaskan oleh guru.

Langkah 3 :    Pelanggan diminta memberi jumlah nilai wang yang mencukupi kepada peniaga, manakala peniaga perlu memastikan wang yang diberi oleh pelanggan adalah betul.

Langkah 4 :    Guru membimbing pelanggan atau peniaga untuk mengira jumlah harga barangan yang dibeli atau dijual.


            Setelah “Lakonan Jual Beli”, bagi membuat penilaian akhir, satu Pos Ujian dijalankan.



MEMANTAU DAN MENILAI TINDAKAN
Saya berasa bersyukur kerana Kajian Tindakan ini berjaya dilaksanakan walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan. Dan berdasarkan perbandingan keputusan Pra Ujian dengan Pos Ujian (Rujuk Lampiran 2), didapati terdapat peningkatan kemahiran murid menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan. Saya berasa puas hati terdapat perubahan dalam kalangan murid sasaran ini, bukan sahaja mencapai peningkatan dalam penguasaan asas Matematik, malahan perubahan dari segi tingkah laku murid berkenaan juga.

            Seperti yang disebut tadi, hasilan kajian menunjukkan terdapat perubahan yang positif dari segi amalan P&P guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian ini dapat memanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan bagi rakan setugas saya. Namun, terdapat juga kelemahan dalam kajian ini, berikut adalah kekuatan dan kelemahan kajian saya.


Kekuatan
Saya amat puas hati khususnya dari segi pencapaian murid dalam ujian yang menunjukkan peningkatan yang begitu positif dan memberangsangkan. Daripada pemerhatian secara tidak formal yang dilakukan oleh guru matematik kelas lain, komen-komen yang diberikannya adalah positif dan menggalakkan. Malah, terdapat juga guru yang tertarik dengan Kajian Tindakan saya dan bercadang untuk dikongsikan bersama. Daripada pemerhatian saya sendiri, semua murid telah melebatkan diri sepanjang sesi tersebut dengan aktif.

Kelemahan
Walaupun secara keseluruhannya, analisis telah menunjukkan hasilan yang baik, namun saya masih tidak puas hati, kerana masih ada murid yang tidak dapat menjawab semua soalan dengan betul. Masih ada murid melakukan kecuaian, justeru saya perlu memikirkan satu cara untuk mengatasi masalah kecuaian murid tersebut.



CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa sesetengah murid memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam P&P guru. Maka, kajian terhadap pelbagai kaedah yang boleh digunakan dalam proses P&P amat diperlukan. Saya percaya, penerapan pelbagai kaedah intervensi mampu menarik minat murid tidak kira untuk apa jua mata pelajaran sekalipun. Pengalaman kali ini akan membantu saya dalam meminimumkan lagi kelemahan yang wujud semasa kajian akan datang untuk sampel yang lebih besar.
BIBLIOGRAFI

Bahagian Teknologi Pendidikan KPM. (2010). Modul Kajian Tindakan Teknologi Pendidikan. Kuala
Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan KPM

Bhasah  Abu Bakar. (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Siri Pengajian Dan
Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Chan Yook Lean. (2009). Mathematics. Petaling Jaya: Sasbadi Malaysia.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2005). Mathematics Year 4 (Teacher’s Guidebook). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2005). Mathematics Year 4 (Text Book). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Mok Soon Sang. (1998). Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat Sekolah
Rendah. Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Prof. Dr. Othman Lebar. (2011). Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 KPD 3026.
UPSI:Penerbit UPSI.

Prof. Dr. Othman Lebar. (2011). Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 KPD 3026.
UPSI:Penerbit UPSI.

Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Tanjong Malin:
Penerbit UPSI.



LAMPIRAN
Lampiran 1


Lampiran 2


Lampiran 3
Latar Belakang
SJKC Tat Choi Tanjung Rambutan adalah sebuah sekolah gred B dengan enrolmen murid seramai 168 orang. Sungguhpun sekolah ini adalah sekolah aliran Cina, namun murid-murid di sini terdiri daripada pelbagai kaum yang telah merangkungmi sebanyak 45% daripada jumlah murid di sekolah ini. Adalah didapati murid-murid sangat lemah dalam menjawab soalan-soalan Matematik terutamanya soalan dalam Matematik Kertas 2.

Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil.
Aktiviti
Tarikh Pelaksanaan
1
Mengenalpasti Masalah (Makropengajaran)
5 Oktober 2012
2
Mengumpul Data Awal (Pra Ujian)
8 Oktober 2012
3
Merancang Tindakan
9-12 Oktober 2012
4
Menjalankan Tindakan
15 Oktober 2012
5
Memantau dan Menilai Tindakan (Pos Ujian)
16 Oktober 2012
6
Menulis Laporan Kajian
19-21 Oktober 2012
7
Penyerahan Laporan Kajian Tindakan Ke Tapak Tugasan UPSI
22 Oktober 2012
8
Penyerahan Laporan Kajian Tindakan Secara bercetak Ke UPSI
25 Oktober 2012

Anggaran Perbelanjaan
Bil.
Jenis Bahan
Kuantiti X Harga Seunit
Jumlah Kos
1
Kertas A4
RM 10.00
RM 10.00
2
Printer Cartridge (HP)
RM 65.00
RM 65.00
3
BBB Lakonan Jual Beli
RM 10.00
RM 10.00
Jumlah
RM 85.00











2 comments:

  1. HAI...CAN U SHARE WITH ME UR LAMPIRAN TO nnorziyanibtzahari@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. hye . ada soft copy ke? klau ada saya nak mintk n sent ke harizwa@gmail.com

    ReplyDelete